Kolej Perdana – Touching Lives For Success

Inquiry
 

WhatsApp

HARI KONSULTASI PELANGGAN JPT
Pengurusan Tertinggi Kolej Perdana telah hadir ke Program Hari Konsultasi Pelanggan JPT yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Melalui hari konsultasi pelanggan, Jabatan Pendidikan Tinggi dapat memberikan informasi yang relevan dan penting kepada pelanggan berkaitan apa-apa polisi dan garis panduan yang ada di Kementerian ini.
Kolej Perdana juga telah berjumpa dan berbincang dengan pegawai-pegawai JPT berkenaan proses dan permohonan yang telah dimohon dan akan dimohon. Perbincangan seperti ini sangat membantu kami dalam mematuhi setiap senarai semak yang ada bagi setiap proses tersebut.
Program ini juga membantu Kolej Perdana memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang isu-isu pendidikan tinggi dan dapat membantu Kolej Perdana membuat keputusan yang lebih baik berkaitan pengurusan dan pentadbiran kolej.
Kolej Perdana adalah sebuah institusi pendidikan yang hanya menawarkan program-program yang telah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Ini bermaksud bahawa program-program yang ditawarkan oleh Kolej Perdana telah melalui proses penilaian dan pengiktirafan oleh badan-badan tersebut, untuk memastikan kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, semua program akademik yang ditawarkan di Kolej Perdana juga dipantau oleh Kementerian Malaysia. Pantauan oleh Kementerian Malaysia ini adalah untuk memastikan bahawa Kolej Perdana mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam menyediakan pendidikan tinggi.
Kolej Perdana memberikan peluang pendidikan tinggi kepada belia remaja atau dewasa yang ingin mencapai kejayaan dan meningkatkan kerjaya mereka. Dengan menawarkan program-program yang diiktiraf dan dipantau oleh badan-badan kelayakan dan kerajaan, Kolej Perdana berusaha untuk memberikan pendidikan yang berkualiti dan relevan kepada pelajarnya.