Kolej Perdana – Touching Lives For Success

Inquiry
 

WhatsApp

Pelajar semester akhir program Diploma Keadilan Jenayah telah membentangkan laporan latihan industri yang telah dilakukan selama dua bulan. Mahasiswa mahasiswi ini dinilai oleh Koordinator Program Diploma Keadilan Jenayah mengikut rubrik yang teratur dan tersusun yang akan menjadi bukti penilaian mengikut COPPA seperti yang ditetapkan oleh MQA dan JPT.
Latihan industri merupakan komponen penting dalam pendidikan dan pembangunan profesional seseorang.
Latihan industri amatlah penting di mana para pelajar diberikan latihan dalam melakukan tugasan yang diberikan di dalam bidang yang telah mereka pelajari.
Objektif latihan industri adalah untuk memberikan pengalaman kepada para pelajar dalam situasi dan suasana kerja yang sebenarnya. Melalui interaksi dengan para pekerja industri, para pelajar memiliki kesempatan untuk mengembangkan keyakinan diri mereka dan beradaptasi dengan masyarakat sekeliling.
Sesuai dengan aspirasi dan tagline Kolej Perdana #touchinglivesforsuccess, kami komited untuk membentuk dan menghasilkan graduan yang berkualiti agar mereka semua berjaya dalam kehidupan dan kerjaya mereka