Kolej Perdana – Touching Lives For Success

Inquiry
 

WhatsApp

Sijil Perkhidmatan Rangkaian Komputer (Tahap 3)•

Pelatih dilatih dengan kaedah memasang, membangun, mentadbir dan menyelenggara sistem rangkaian komputer. Mereka juga didedahkan dengan sistem keselamatan komputer, sistem operasi rangkaian, pengurusan rangkaian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Pelajar dilatih dalam persekitaran yang kondusif dengan tenaga pengajar yang berkemahiran.

Setelah tamat pengajian, pelatih boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelatih berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di pusat latihan seperti ILP dan ADTEC (institusi awam) atau institusi swasta yang berkaitan.

Tempoh

Latihan teori dan amali : 12 bulan

Peringkat Pengajian

Sijil
Certificate In Business Information Technology

Syarat Kemasukan •

Pemohon mestilah mempunyai salah satu daripada syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 40 tahun.
  • Mempunyai minat dalam bidang yang dipelajari.
  • Boleh Membaca, Mengira dan Menulis (3M).

Subjek Program •

penyenaraian subjek:

  • Office Application
  • Computer Hardware & Software
  • Network Fundamental
  • Network Structured Cabling
  • Server Essential
  • Wireless Technology
  • Fiber Network Cabling
  • Computer And Network Security
  • Project Management
  • Computer Network Maintenance
  • Linux Essential
  • Fundamental Of Programming
  • Ethernet Switching
  • Mobile Device Configuration

Peluang Pekerjaan•

  • Personel khidmat sokongan rangkaian — Membangunkan dan mengekalkan rangkaian IT, memantau prestasi rangkaian, mengoptimumkan kapasiti pelayan, dan rangkaian serta data selamat, membaiki ralat rangkaian di lokasi pelanggan dan melakukan peningkatan rangkaian.
  • Juruteknik Rangkaian — Kobolehan dalam mereka bentuk dan memasang rangkaian dan sistem komputer yang berfungsi dengan baik.
  • Pentadbir rangkaian — Memastikan operasi rangkaian komputer yang stabil. Ini termasuk merancang, membangun, memasang, mengkonfigurasi, menyelenggara, menyokong dan mengoptimumkan semua perkakasan rangkaian, perisian dan pautan komunikasi.
  • Eksekutif sokongan teknologi maklumat — menguruskan penggunaan teknologi baharu ke pejabat eksekutif tanpa sebarang gangguan dan menyegarkan semula infrastruktur baharu.

Laluan Pendidikan •

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

Ijazah Sarjana Muda

Bantuan Kewangan•

BANTUAN PEMBELAJARAN:

  • Elaun Bulanan RM600.
  • Bantuan Komputer RM2500.
  • Bantuan Pengangkutan RM2000.
Kami menyediakan bantuan kewangan dan biasiswa untuk minda yang lebih cerah. Kami menyediakan bantuan kewangan yang berbeza yang tersedia untuk pelajar untuk meringankan beban mereka. Dapatkan maklumat lanjut tentang pinjaman kami di butang di bawah.

Borang Pertanyaan •

1 + 9 =