Kolej Perdana – Touching Lives For Success

Inquiry
 

WhatsApp

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁: “𝗘𝗰𝗼𝗖𝗔𝗥𝗘: 𝗖𝗹𝗲𝗮𝗻𝗶𝗻𝗴, 𝗔𝗻𝗶𝗺𝗮𝗹𝘀, 𝗮𝗻𝗱 𝗚𝗮𝗿𝗱𝗲𝗻 𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲”

July 28, 2023

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁: “𝗘𝗰𝗼𝗖𝗔𝗥𝗘: 𝗖𝗹𝗲𝗮𝗻𝗶𝗻𝗴, 𝗔𝗻𝗶𝗺𝗮𝗹𝘀, 𝗮𝗻𝗱 𝗚𝗮𝗿𝗱𝗲𝗻 𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲”
Dalam program ini, mahasiswa mahasiswi Kolej Perdana telah melibatkan diri dalam aktiviti Khidmat Masyarakat di Taman Haiwan G2G, Serdang, Selangor sebagai sebahagian daripada tugas Subjek Mata Pelajaran Umum (MPU): Khidmat Masyarakat. Program ini turut diiringi oleh Pensyarah Subjek Khidmat Masyarakat, Puan Suhaiza binti Senin, dan Cik Nur Arifah Binti Mohmad Hamim, Pensyarah Kolej Perdana.
Para sukarelawan telah diberikan penerangan oleh pegawai Taman Haiwan G2G mengenai haiwan-haiwan yang terdapat di taman tersebut, tugasan yang perlu dilaksanakan, serta peralatan pembersihan yang perlu digunakan.
Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, para pelajar telah mendapat peluang untuk membentuk peribadi yang prihatin terhadap flora dan fauna negara Malaysia. Kebersihan juga dianggap sebagai aspek penting yang perlu dijaga oleh pelajar Kolej Perdana, dan ia ditekankan dalam proses pembentukan mereka sebagai graduan yang berkualiti.

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗞𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁: “𝗘𝗰𝗼𝗖𝗔𝗥𝗘: 𝗖𝗹𝗲𝗮𝗻𝗶𝗻𝗴, 𝗔𝗻𝗶𝗺𝗮𝗹𝘀, 𝗮𝗻𝗱 𝗚𝗮𝗿𝗱𝗲𝗻 𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲”