𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗦𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮(𝗛𝗘𝗣 𝗜𝗣𝗧𝗦)
Pengurusan Tertinggi Kolej Perdana telah ke Dewan Za’aba, Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menghadiri program anjuran Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi iaitu Mesyuarat Agung Tahunan 2023 Majlis Hal Ehwal Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(HEP IPTS), Pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis HEP IPTS Sesi 2023/2025 dan Sesi Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) bersama IPTS.
Majlis dimulakan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2020, Laporan Aktiviti, ucapan oleh Encik Hirman bin Awang, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), undian serta penyampaian amanat oleh Ybhg. Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) menjalankan tugas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
YBhg. Prof Madya Noor Shila binti Nan, Ketua Eksekutif Kolej Perdana telah dicalonkan dalam pemilihan AJK Majlis HEP IPTS dan telah memberikan ucapan beliau semasa majlis tersebut.
𝙏𝙪𝙟𝙪𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙪𝙗𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝙃𝙀𝙋 𝙄𝙋𝙏𝙎
Majlis HEP IPTS ditubuhkan untuk menyatukan semua HEP IPTS dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan hal ehwal mahasiswa institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan mewakili IPTS di dalam isu-isu berkaitan HEP IPTS dengan kerjasama KPT dan pihak-pihak berkenaan.
OBJEKTIF
• Mewujudkan jaringan keriasama serantau dalam perkara yang berkaitan dengan pengurusan pembangunan hal ehwal mahasiswa.
• Merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk kepentingan bersama, terutama dalam program pembangunan mahasiswa dari aspek pembentukan sahsiah diri mahasiswa.
• Mewakili semua IPTS dalam perbincangan dengan KPT dan pihak-pihak berkenaan dalam isu-isu mengenai hal ehwal pelajar.
• Menjalinkan kerjasama KPT