Kolej Perdana – Touching Lives For Success

Inquiry
 

WhatsApp

𝐌𝐲𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞𝐉𝐨𝐛

May 18, 2023

𝐌𝐲𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞𝐉𝐨𝐛

Dalam menyokong agenda kerajaan dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan, Kolej Perdana telah bekerja sama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial, Kementerian Sumber Manusia dalam menganjurkan Program MyFutureJob.
MyFutureJob menjadikan pencarian pekerjaan dan proses pengambilan lebih mudah dan lebih berkesan.
MYFutureJobs ialah Portal Pekerjaan Nasional Malaysia untuk semua pencari kerja dan majikan. MYFutureJobs menggunakan teknologi AI dan algoritma pemadanan yang disahkan untuk menyediakan padanan kerja paling tepat berdasarkan kemahiran dan kecekapan pencari kerja.
Terdapat banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh PERKESO khususnya MyFutureJobs seperti:
1. Panduan Kerjaya
2. Portal Pencarian Kerjaya
3. Penilaian Diri Contohnya LearnabilityQuotient, SkillsInSight, dan DigiQuotient
4. Keusahawanan
5. Perlindungan Pekerjaan
6. Pekerjaan Belia
7. Portal Pekerjaan Swasta
8. Pusat Sehenti MyFutureJob
9. Karnival Kerjaya MyFutureJob
MYFutureJobs merupakan Portal Pekerjaan Nasional yang menyediakan platform pekerjaan universal dan perkhidmatan pasaran buruh 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 untuk semua pencari kerja, yang menggalakkan proses pengambilan pekerja yang komprehensif dalam penyampaikan pasaran buruh yang efisyen.
Di dalam dunia di mana pasaran buruh sentiasa berubah, MYFuturejobs menyediakan platform pencarian pekerjaan melalui kerjasama bersama rakan strategik serta agensi pekerjaan swasta yang terdapat di Malaysia untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi pencari kerja di dalam negara.
Berikut adalah senarai rakan strategik MyFutureJob:
2. LinkedIn
3. Maukerja
4. Hiredly
6. FastJobs
8. Project Deep
9. Hyred
10. Monster
𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐮𝐦𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐢𝐧𝐢.